Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

PESERTA Program Pendidikan Profesional Berterusan (Continuing Professional Education) - BoVEA CPE Course Siri Ke-4: 01/2025
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 November. – Kementerian Pembangunan melalui Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA), Pejabat Sekretariat BoVEA, Divisyen Pengurusan Lembaga telah menganjurkan Program Pendidikan Profesional Berterusan (Continuing Professional Education) - BoVEA CPE Course Siri Ke-4: 01/2025 yang bertemakan “Bersama Mendokong Kemajuan Profesional". Program ini diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Latihan dan Kemahiran Kerja, Kementerian Pembangunan.
Seramai 47 orang peserta menghadiri program tersebut yang ditawarkan melalui jemputan sahaja terdiri daripada para Penjalan Amalan, Penilai dan Ejen Harta Tanah berdaftar dan tenaga kerja yang sah berkhidmat di bawah penyeliaan Penjalan Amalan berdaftar di bawah BoVEA.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Lembaga, Ahli-ahli Jawatankuasa di bawah Lembaga, pegawai dan kakitangan Bahagian Penilaian, Jabatan Tanah dan para tenaga pengajar, penuntut-penuntut serta para lepasan graduan HNTec in Real Estate Management and Agency, Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan, Kampus Nakhoda Ragam, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).
ANTARA peserta program yang hadir.
Program selama dua hari yang bermula dari 17 hingga 18 November 2025 tersebut diisikan dengan pelbagai taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Pejabat Sekretariat BoVEA, Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Tanah.

PENYAMPAIAN taklimat.
Program tersebut berakhir dengan majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada penyampai taklimat dan sijil pencapaian kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pesuruhjaya Tanah, Jabatan Tanah selaku Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran; Awang Eddy Nor Ezwan bin Haji Awang Mohamad.



PENYAMPAIAN sijil pencapaian kepada antara peserta program.
Program kali keempat diadakan ini merupakan program Pendidikan Profesional Berterusan bertujuan untuk memenuhi keperluan pendaftaran baharu dan pembaharuan pendaftaran di bawah BoVEA. Modul CPE memfokuskan kepada undang-undang serta garis panduan terkini bagi memastikan para pengamal, penilai dan ejen harta tanah berdaftar sentiasa peka terhadap sebarang pindaan atau perubahan. Program yang diiktiraf oleh BoVEA ini juga menganugerahkan mata CPE (CPE Points) kepada para peserta.
Selain itu, program yang dilaksanakan setiap tahun secara in-house oleh Kementerian Pembangunan ini juga bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan mereka yang bergiat dalam industri harta tanah dan diharapkan mampu menarik minat generasi pelapis untuk menceburi bidang profesional ini selaras dengan pencapaian akademik releven yang diperolehi.

SESI bergambar ramai Program Pendidikan Profesional Berterusan (Continuing Professional Education) - BoVEA CPE Course Siri Ke-4: 01/2025.